Wednesday, March 17, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M

Panitia Pendidikan Islam SKBB2 dengan kerjasama seluruh warga SKBB2 telah berjaya mengadakan Sambutan Maulidur Rasul dan merupakan pertama kalinya diadakan di sekolah ini. Majlis dimulakan dengan perarakan seluruh warga SKBB2 di sekitar Perumahan Tanjung. Program diikuti dengan Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Norisham bin Saimun ( Penyelia Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor ). Majlis berakhir dengan majlis penyampaian hadiah dan persembahan.

Acara-acara awal sambutan telah diadakan seminggu sebelum sambutan. Pelbagai pertandingan antaranya penulisan khat, pertandingan menulis jawi telah diadakan sepanjang minggu tersebut.

Pihak Panitia merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak terutamanya kepaad Puan Guru Besar, PIBG, guru-guru, pihak PDRM dan PPD Hulu Selangor.




Perarakan Maulidur Rasul Turut Disertai Murid-Murid Tahap Satu dan Dua dan Seluruh Guru-Guru SKBB2

Justify Full Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang-Pemenang

Pasukan Nasyid SKBB2 di Bawah Bimbingan Puan Jafiza

Wajah-Wajah Ceria SKBB2

Peserta Pendidikan Moral Yang Berjaya


Bakat kami...

Ceramah Maulidur Rasul Oleh Ustaz Norisham Saimun

Semoga Keberkatan Ilahi Pada Majlis Ini... Amiin.

No comments:

Post a Comment