Monday, March 15, 2010

Majls Watikah Perlantikan Musyrif 2010

Majlis Watikah Perlantikan Musyrif 2010 telah dilaksanakan pada 22 Februari 2010 pada pukul 740 pagi bagi sesi pagi dan 600 petang bagi sesi petang.

Majlis perlantikan ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Ngaedah bt Saleh selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2.

Pihak Panitia Pendidikan Islam sangat-sangat berharap Musyrif dan Musyrifah yang dilantik dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab
dan berdedikasi. Sentiasa meletakkan Islam lebih dari segala-galanya dan menjadi contoh kepada murid-murid lain.

Musyrif yang dilantik terdiri dari murid-murid tahap satu dan dua dan bertanggungjawab dalam membantu guru terhadap pengurusan surau sekolah di samping menjadi ketua bagi sebarang aktiviti pendidikan Islam.

Majlis dimulai dengan perasmian dari Puan Guru Besar, ikrar taat setia dan penyampaian watikah. majlis berakhir pada jam 830 pagi. sesi bergambar bersama pentadbir dan guru-guru pendidikan Islam turut diadakan pada sesi akhir program.

No comments:

Post a Comment