Wednesday, November 13, 2013

PERSEMBAHAN KALAM JAMAIE TERBAIK WAKIL SELANGOR 2013

Berikut adalah rakaman amatur Kalam Jamaie Terbaik wakil Negeri Selangor ke  peringka Negeri Selangor...
Kumpulan ini dibawa ke peringkat Kebangsaan dan tidak mendapat apa-apa tempat oleh kerana isi mengambil sedikit sahaja kalam Al-quran da Hadis...

Kalau itu dapat di dijadikan realiti..... tak mustahil akan menjuarai pertandingan itu....

ISI.....ISI....ISH......





Monday, June 3, 2013

Enam Syarat Berjaya dalam Pelajaran.



Imam al-Shafi'i (r.a.) pernah berpesan:

"Ingatlah bahawa kamu tidak akan sekali-kali mencapai ilmu melainkan dengan enam perkara. Aku akan terangkan perinciannya dengan penjelasan: Kebijaksanaan, ketamakan yang mendalam (desire), kesungguhan, kemampuan harta (untuk membiayai pengajian), petunjuk dan panduan daripada guru, panjang tempoh belajarnya."


Thursday, January 17, 2013

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam


Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.


Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.


1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Wednesday, January 16, 2013

Bukti dan Tanda Cinta Terhadap Rasulullah SAW




بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.
Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
 لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُم
رواه البخاري ومسلم
“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.”
[HR: Al-Bukhari]

Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw.

Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah:

Wednesday, January 9, 2013

Apakah Visi dan Misi Diciptakannya Manusia ?




Soal : Apakah Tujuan Diciptakannya Manusia ?[i]

Beliau Rohimahullah manjawab :

Setelah Beliau rahimahullah membaca basmalah dan membuka jawaban Beliau dengan pujian kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan bershalawat kepada Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi wa Sallam, Beliau mengatakan sebelum saya menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu saya akan memberitahukan sebuah kaidah yang sifatnya menyeluruh terhadap semua apa yang Allah ‘Azza wa Jalla ciptakan demikian juga apa yang Allah ‘Azza wa Jalla syari’atkan dan kaedah ini adalah sebuah kaedah yang diambil dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

“Dan Dia adalah Dzat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. [ At Tahrim [66] : 2 ]

Friday, December 28, 2012

Contoh-contoh penulisan refleksi kendiri guru selepas pengajaran.


Berikut adalah contoh-contoh penulisan refleksi kendiri guru selepas sesuatu pengajaran.


REFLEKSI Guru A:

Pengajaran dan pembelajaran pada hari  ini  sangat  memuaskan.