Monday, January 10, 2011

Program Nur Iman

Program Nur Iman yang merupakan program sekolah untuk membentuk budaya cemerlang dan takwa akan di sambung semula pada bulan 09 Februari 2011 iaitu selepas Tahun Baru Cina. Surat berkaitan akan menyusul.

Majlis Bacaan Yasiin Tahun Enam

Assalamualaiku W. Bh.

Majlis Bacaan Yasiin bagi murid-murid tahun enam akan diadakan pada setiap hari Jumaat bermula jam 7.15 pagi. Murid-murid tahun enam diharap dapat datang awal dan mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

Program ini akan diadakan sepanjang tahun 2011. Untuk kemudahan dan menjimatkan masa, murid-murid tahun enam digalakkan berwuduk di rumah masing-masing.

Semoga kita semua mendapat keberkatan Ilahi dan memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR.