Panitia Pendidikan Islam SKBB2 dengan kerjasama seluruh warga SKBB2 telah berjaya mengadakan Sambutan Maulidur Rasul dan merupakan pertama kalinya diadakan di sekolah ini. Majlis dimulakan dengan perarakan seluruh warga SKBB2 di sekitar Perumahan Tanjung. Program diikuti dengan Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Norisham bin Saimun ( Penyelia Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor ). Majlis berakhir dengan majlis penyampaian hadiah dan persembahan.
Acara-acara awal sambutan telah diadakan seminggu sebelum sambutan. Pelbagai pertandingan antaranya penulisan khat, pertandingan menulis jawi telah diadakan sepanjang minggu tersebut.
Pihak Panitia merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak terutamanya kepaad Puan Guru Besar, PIBG, guru-guru, pihak PDRM dan PPD Hulu Selangor.
Wednesday, March 17, 2010
Dugaan Untuk Ustazah Anita...
Salah seorang guru pendidikan Islam sekolah ini iaitu Ustazah Anita mengalami musibah apabila rumah yang didiaminya terbakar pada 11 Mac lalu. Kami selaku GPI SKBB2 dan seluruh warga SKBB2 merakamkan takziah dan berharap Ustazah Anita bersabar menghadapi ujian Allah tersebut.
Guru Besar, Wakil PPD Hulu Selangor, YDP PIBG, Guru-Guru SKBB2 meluangkan masa melawat rumah Ustazah Anita

Monday, March 15, 2010
Majls Watikah Perlantikan Musyrif 2010

Majlis perlantikan ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Ngaedah bt Saleh selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2.
Pihak Panitia Pendidikan Islam sangat-sangat berharap Musyrif dan Musyrifah yang dilantik dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab
dan berdedikasi. Sentiasa meletakkan Islam lebih dari segala-galanya dan menjadi contoh kepada murid-murid lain.

Majlis dimulai dengan perasmian dari Puan Guru Besar, ikrar taat setia dan penyampaian watikah. majlis berakhir pada jam 830 pagi. sesi bergambar bersama pentadbir dan guru-guru pendidikan Islam turut diadakan pada sesi akhir program.
Sunday, March 14, 2010
Blog Panitia Pendidikan Islam - SKBB2
Dibangunkan pada 14 Mac 2010
Masa : 145 Petang
Tujuan : Blog panitia pendidikan Islam SKBB2 dibangunkan untuk memberi info kepada murid, guru-guru dan ibu bapa berkaitan aktiviti Pendidikan Islam di sekolah ini. Selain itu juga blog ini akan menyediakan ruangan tazkirah untuk ingatan dan penambahan ilmu kepada semua.
Masa : 145 Petang
Tujuan : Blog panitia pendidikan Islam SKBB2 dibangunkan untuk memberi info kepada murid, guru-guru dan ibu bapa berkaitan aktiviti Pendidikan Islam di sekolah ini. Selain itu juga blog ini akan menyediakan ruangan tazkirah untuk ingatan dan penambahan ilmu kepada semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)